Kerjaya antarabangsa Gökhan_Inler

Inler bersama Switzerland pada tahun 2008.

Inler bermain untuk pasukan bawah-21 Switzerland dan Turki sebelum membuat debut untuk pasukan kebangsaan Switzerland. Pada 2 September 2006, beliau membuat penampilan pertama antarabangsa bersama skuad senior pada perlawanan persahabatan menentang Venezuela. Beliau telah bermain kesemua perlawanan Switzerland di UEFA Euro 2008 dan pasukan mereka tersingkir di peringkat kumpulan di tanah air sendiri.

Pada 16 Jun 2010, Inler mengetuai pasukan Switzerland untuk menggantikan Alexander Frei ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2010. Frei kembali pada perlawanan kedua kumpulan tetapi Inler menjadi kapten pada perlawanan ketiga dengan terikat seri tanpa jaringan bertemu Honduras.

Selepas Frei bersara pada 2011, Inler menjadi kapten pasukan Switzerland dan bermain kesemua perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 sehingga pasukan mereka melangkah ke puisngan 16.

Statistik

Sehingga 31 Mac 2015
Pasukan kebangsaan Switzerland
TahunKmnclnGol
200630
2007101
2008130
200970
2010123
201190
201292
201370
2014110
201520
Jumlah836

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasuka lawanSkorKeputusanKejohanan
122 Mac 2007Fort Lauderdale, Amerika Syarikat Jamaica2–02–0Persahabatan
23 Mac 2010St. Gallen, Switzerland Uruguay1–01–3Persahabatan
35 Jun 2010Geneva, Switzerland Itali1–01–1Persahabatan
412 Oktober 2010Basel, Switzerland Wales3–14–1Kelayakan Euro 2012
57 September 2012Ljubljana, Slovenia Slovenia2–02–0Kelayakan Piala Dunia 2014
611 September 2012Luzern, Switzerland Albania1–02–0Kelayakan Piala Dunia 2014